GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang juga akan meneruskan pelbagai pelaburan untuk melengkapkan ekosistem dan rangkaian bekalan, kerana bidang semikonduktor amat luas malah melibatkan banyak sektor kecil seperti IC.
"Tambahan pula Kerajaan Persekutuan kini sedang usahakan Pelan Strategik Semikonduktor dan saya dengar ada rancangan untuk mengkhususkan negeri-negeri kepada sektor-sektor kecil yang berkenaan, kita tidak perlu bersaing dengan negeri-negeri tetapi lihat sektor ini dalam konteks negara.
"Jadi, kita perlu lihat apa cadangan Pelan Strategik Semikonduktor yang dijangka diumumkan Mei nanti, kita akan lihat apakah peranan yang ditugaskan kepada Pulau Pinang dan saya percaya negeri ini ada ekosistem yang paling lengkap di Malaysia ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari Amal Hari Raya Aidilfitri anjuran Kor Konsulat Kehormat Malaysia, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta barisan konsulat di Pulau Pinang.
Chow berkata demikian bagi mengulas saranan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang berpandangan bahawa Pulau Pinang seharusnya belajar daripada kejayaan Selangor, untuk menubuhkan sebuah Taman Pemacu Industri Semikonduktor dan Reka Bentuk Litar Bersepadu.
Sehubungan itu, Chow berkata pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Lim yang juga bekas Ketua Menteri, serta Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi mendengar cadangan mengenai taman IC di Pulau Pinang.
Semalam, tiga syarikat semikonduktor baharu iaitu China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE), menyatakan minta untuk melabur di Pulau Pinang dengan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak US$100 juta.
Mengulas mengenai isu tarif air pula, Chow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah dan Ekonomi berkata kenaikan tarif air di negeri itu, terletak kepada kelulusan yang diperoleh daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mempunyai mekanisme tersendiri, termasuk jalur tarif yang ditentukan.
Beliau menjelaskan jalur satu tarif di negeri itu tidak pernah naik sejak 1992, manakala jalur dua pula sejak 2015, sedangkan sepatutnya kadar tarif dikaji semula atau boleh naik setiap tiga tahun seperti dibenarkan oleh SPAN.
"Kadang kala Pulau Pinang tidak kuatkuasakan (kenaikan setiap tiga tahun) atau tidak diluluskan sebagainya kenaikan tarif air dan kalau ikut kaedah ini (kaji semula tarif setiap tiga tahun) tidak akan (naik tarif) mendadak seperti sekarang. Sudah lama tidak naik, kita kena catch out," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang mencadangkan beberapa penyelesaian masalah peningkatan tarif air antaranya menaikkan tarif air dalam tiga fasa setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bertemu wakil media pada majlis Hari Raya Honorary Consular Corps Malaysia (Northern Chapter) di St Giles Wembley hari ini. - Foto BERNAMA
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.